Ahad, 8 September 2013

JASA IBU

Hari ini langit mendung je..jam 12 tengahari hujan dah mula turun..sekejap lebat..sekejap rengai..biasa hujan macam ni mesti meleret2 la 2 3 hari..silap2 boleh sampai seminggu..haii..alamat tak kering la kain baju kat ampaian tu.. Bila tiba musim hujan ni..yang menoreh dapat cuti agung..mengerekot la berselimut..ape lagi yang boleh dibuat selain buat kilang ta** m*ta..hew3.. sedang elok je lelapnya.. Tapi masa ni kalau ada anak ramai yang bersekolah boleh pening kepala mak ayah nak cekau duit..jenuh seluk poket seluar sana sini kot2 ade duit lebih2 minum kopi kelmarin..hmm.. Hari ni teringat kat mak..huhu.. Dilahirkan dalam keluarga penoreh sudah tentu Kak Nona dapat melihat betapa sukar dan gigihnya mak menyara kami adik beradik. Biasanya sebelum subuh lagi mak dah bangun siapkan sarapan..sekiranya ade pisang/cempedak, mak buatkan cucur/cekodok..kadang2 mak buat lempeng pisang letak kelapa parut..kalau ade nasi lebih malam tadi mak masakkan kami nasi goreng..nasi goreng kosong je..tapi tetap sedap..bila mak teringin makan lepat pisang,sebelum tido mak dah kukuskan dah..esok pagi mak panaskan balik.. Dulu kalau tak salah Kak Nona setiap hari Selasa mak pergi mesyuarat..tiap2 minggu pergi mesyuarat..mcm YB pulak mak ni..malam sebelum mesyuarat mak siapkan kuih karipap,kuih kacang, pau, untuk jualan masa mesyuarat tu..dulu tak tau mak mesyuarat apa..dah lama baru tahu..rupanya mak mesyuarat Amanah Ikhtiar..huhu..sampai meminjam mak nak sara kami adik beradik..kesian mak. Mak akan letak duit syiling untuk tambang bas dan makan atas almari kabinet..masing2 dah tau dah yang sapa2 punya bahagian ikut jumlah duit tu. Alhamdulillah..tidak seharipun kami berlapar kerana tiada makanan.. mak dah laksanakan tanggung jawab mak pada anak-anak mak..terima kasih mak kerana mendidik kami semua menjadi insan yang sempurna. "Mak..halalkan air susu yang mengalir dalam badan orang ni mak...halalkan makan minum orang..maafkan dosa2 orang..orang sayang mak dunia akhirat".