Khamis, 18 April 2013

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING



Sukarnya nak melawan nafsu..*beli kasut je. Pembaziran? Tak lah..Kasut buat pakai kerja. Yang membazir.. kalau beli jadi abu. Contoh?? Rokok! Itu membazir. Menjejaskan kesihatan lagi. Jangan marah para perokok tegar diluar sana. Jangan kondem blog akak yang baru nak bertunas ni ya.

OK ape beli kasut..kakipun nak nampak cantik..tambah2 Kak Nona yang berkerjaya nih ha.. *Yeke?.. Kalau yang menarik mau tak tergoda nyah.. nak2 yang cumel2 untuk kaki i yang double cumel ni.. *itu tipu!..

Dari tudung turun ke baju, handbag, kasut. Semua mesti seragam.. (ini bukan kisah saya) . Akak cuma suka dengan kasut. Itu satu2 hobi yang masih setia menemani dikala sunyi. Jangan diajak window shopping, aah, xsesuai istilah tu. Kebiasaannya sampai rumah mula melopong..uii..lari budget. Ikat perut. Patutla dah kurus. Semua ingat tengah diet...he~~pengalaman..


Adik2 kakak2 makcik2 yang mana minat kasut, pilih  jangan tengok rupa ja. Asal cantik, terus nak beli. Teliti kulit ape, buatan mane, guna kulit bewak ke, ulor ke, penting tu. Kalau was-was jangan beli. Supaya tak salah pilih. ~pun pengalaman.

Cuba kawal nafsu.. ikut keperluan, ikut juga kemampuan. Ukur baju dibadan sendiri. Jangan pulak menderita dek 'biar papa asal bergaya'! Puasa tak beraya la nnti..ingat tu.

Pesanan ini di bawa Kak Nona~ Isu Kasut dan nepsu.
-Tamat-
 
Buat puff ni kekadang sukar juga nak ilangkan bau telur, lebih2 lagi bila kes terlupa titik esen vanilla skit nak nyahkan bau tu. Tetiba mata silau dek mentol yang menyala atas kepala sebelah kanan..serta merta timbul idea nak tambah je jem blackcurrant kat puff ni. Sangat2 membantu.. berketui-ketui la masuk mulut tak hengat paras kolestrol yang tengah dok kawal sekarang ni. Terus hilang kawalan segala.

Dari zaman sekolah tengok resepi puff mmg ckp kuih ni tak sedap..pandai2 je buat andaian karut. Padahal tak pernah rasapun. Kalo ade jual pun xbeli sebab otak dh set tak sedap..haip. Jangan beli!

Sampaikan bulan lepas makan yang orang bagi kat opis.. sium2 dulu..cuba secubit..mmm...walla.. sedapnyer..

Rugi betul rasanya hidup bertahun-tahun baru sekarang ni nak makan puff..itulah..len kali mesti cuba dulu baru cakap sedap ke tak..

CREAM PUFF

Resepi : Yani

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)
  • esen vanilla (Yani tak letak / Kak Nona pun lupa..hee)
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan  aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

Masukkan telur, kacau cepat-cepat.

Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.



CREAM CASTARD

RESEPI: HONEY

Bahan-bahan ( 600ml )

  • 450cc susu segar/ susu cair
  • * 2 sudu besar tepung
  • * 75g gula
  • * 1 1/2 sudu besar corn starch
  • 4 biji telur kuning
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanila

Cara-cara

Letak susu dalam mangkuk. Panaskan dengan microwave selama 3 minit tanpa tutup.
 
Ayak bahan-bahan * . Kemudian masukkan ke dalam mangkuk tadi. Kacau biar sebati.               
 
Kemudian masukkan kuning telur sikit demi sedikit sambil dikacau.                                                  
 
Tanpa ditutup mangkuk tadi. Masukkan ke dalam microwave selama 5 minit. Dalam masa 5 minit tersebut, bawa keluar 3 kali untuk dikacau.               
 
Bila dah siap, keluarkan dari microwave. Masukkan mentega dan kacau cepat-cepat.               
 
Siap. Bolehlah dimakan dengan roti, sebagai inti pau dan sebagainya.

*Seperti yang Kak Nona maklum..Kak Nona lupa letak esen vanilla, jadi tambahan jem blackrurrant membantu dan menyedapkan lagi puff ni..