Ahad, 21 April 2013

 
CUTI...YA BEDA BEDUUU....
 
Oh tidak... Tiada istilah cuti. Waktu senggang?? tipu pulak kalau cakap takde.. Abis..camne leh bertenet lak kan..
  
Bagi yang sudah berumah-tangga, sepanjang masa nak kena layan keletah si anak kecil.. jap lagi nak melayan kerenah si suami pula. Hee~
 
Mengemas, membasuh, memasak, berlari2 ngan anak2..jap lagi lari2 ngan abe pulok..ekeke!.. Aktiviti yang sangat2 menuntut kesabaran ini tidak pernah habis. Tak pernah. Selagi ada nyawa. (--')
 

Menjalankan tanggungjawab asal sebagai ibu mahupun isteri selepas seharian bekerja tak semudah yang dilihat. Tak perlu sebarang pujian, ganjaran atau apa pun. Memadai dengan kasih sayang sang suami, perhatian dan pertolongan dikala perlu.  Bagi yang punya anak, ketawa riang si anak sudah cukup buat hati gembira. Serta merta air muka yang tadi keruh dek kepenatan kembali jernih. (^^)
 
Layanlah resepi ikan cencaru ni ye..

IKAN CENCARU KUAH SAMBAL DAUN PANDAN
 
BAHAN2
 
1 ekor ikan cencaru
1 biji bawang besar - dikisar
1 biji bawang putih - dikisar
1/2 cm halia - kisar
1/2 cm lengkuas - kisar
1/2 inci belacan
5-6  sudu besar cili kisar
1 batang serai- ketuk
2 biji bawang merah - hiris nipis
1/2 helai daun pandan - belah 2 dan simpulkan.
Sedikit air asam jawa
Minyak
Garam, gula, perasa
 
CARA:
 
1- Ikan di goreng. Angkat dan ketepikan
2- Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masuk cili kisar, serai dan bawang kecil. Tumis dengan api kecil hingga pecah minyak dan cili masak.  Masukkan air asam jawa dan daun pandan. Perasakan. Bila sambal sedikit pekat. Tutup api.
3- Tuang kuah sambal atas ikan tadi.
 
Ini pula sup sayur cendawan..tumis air je..