Ahad, 8 September 2013

JASA IBU

Hari ini langit mendung je..jam 12 tengahari hujan dah mula turun..sekejap lebat..sekejap rengai..biasa hujan macam ni mesti meleret2 la 2 3 hari..silap2 boleh sampai seminggu..haii..alamat tak kering la kain baju kat ampaian tu.. Bila tiba musim hujan ni..yang menoreh dapat cuti agung..mengerekot la berselimut..ape lagi yang boleh dibuat selain buat kilang ta** m*ta..hew3.. sedang elok je lelapnya.. Tapi masa ni kalau ada anak ramai yang bersekolah boleh pening kepala mak ayah nak cekau duit..jenuh seluk poket seluar sana sini kot2 ade duit lebih2 minum kopi kelmarin..hmm.. Hari ni teringat kat mak..huhu.. Dilahirkan dalam keluarga penoreh sudah tentu Kak Nona dapat melihat betapa sukar dan gigihnya mak menyara kami adik beradik. Biasanya sebelum subuh lagi mak dah bangun siapkan sarapan..sekiranya ade pisang/cempedak, mak buatkan cucur/cekodok..kadang2 mak buat lempeng pisang letak kelapa parut..kalau ade nasi lebih malam tadi mak masakkan kami nasi goreng..nasi goreng kosong je..tapi tetap sedap..bila mak teringin makan lepat pisang,sebelum tido mak dah kukuskan dah..esok pagi mak panaskan balik.. Dulu kalau tak salah Kak Nona setiap hari Selasa mak pergi mesyuarat..tiap2 minggu pergi mesyuarat..mcm YB pulak mak ni..malam sebelum mesyuarat mak siapkan kuih karipap,kuih kacang, pau, untuk jualan masa mesyuarat tu..dulu tak tau mak mesyuarat apa..dah lama baru tahu..rupanya mak mesyuarat Amanah Ikhtiar..huhu..sampai meminjam mak nak sara kami adik beradik..kesian mak. Mak akan letak duit syiling untuk tambang bas dan makan atas almari kabinet..masing2 dah tau dah yang sapa2 punya bahagian ikut jumlah duit tu. Alhamdulillah..tidak seharipun kami berlapar kerana tiada makanan.. mak dah laksanakan tanggung jawab mak pada anak-anak mak..terima kasih mak kerana mendidik kami semua menjadi insan yang sempurna. "Mak..halalkan air susu yang mengalir dalam badan orang ni mak...halalkan makan minum orang..maafkan dosa2 orang..orang sayang mak dunia akhirat".

Ahad, 21 April 2013

 
CUTI...YA BEDA BEDUUU....
 
Oh tidak... Tiada istilah cuti. Waktu senggang?? tipu pulak kalau cakap takde.. Abis..camne leh bertenet lak kan..
  
Bagi yang sudah berumah-tangga, sepanjang masa nak kena layan keletah si anak kecil.. jap lagi nak melayan kerenah si suami pula. Hee~
 
Mengemas, membasuh, memasak, berlari2 ngan anak2..jap lagi lari2 ngan abe pulok..ekeke!.. Aktiviti yang sangat2 menuntut kesabaran ini tidak pernah habis. Tak pernah. Selagi ada nyawa. (--')
 

Menjalankan tanggungjawab asal sebagai ibu mahupun isteri selepas seharian bekerja tak semudah yang dilihat. Tak perlu sebarang pujian, ganjaran atau apa pun. Memadai dengan kasih sayang sang suami, perhatian dan pertolongan dikala perlu.  Bagi yang punya anak, ketawa riang si anak sudah cukup buat hati gembira. Serta merta air muka yang tadi keruh dek kepenatan kembali jernih. (^^)
 
Layanlah resepi ikan cencaru ni ye..

IKAN CENCARU KUAH SAMBAL DAUN PANDAN
 
BAHAN2
 
1 ekor ikan cencaru
1 biji bawang besar - dikisar
1 biji bawang putih - dikisar
1/2 cm halia - kisar
1/2 cm lengkuas - kisar
1/2 inci belacan
5-6  sudu besar cili kisar
1 batang serai- ketuk
2 biji bawang merah - hiris nipis
1/2 helai daun pandan - belah 2 dan simpulkan.
Sedikit air asam jawa
Minyak
Garam, gula, perasa
 
CARA:
 
1- Ikan di goreng. Angkat dan ketepikan
2- Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masuk cili kisar, serai dan bawang kecil. Tumis dengan api kecil hingga pecah minyak dan cili masak.  Masukkan air asam jawa dan daun pandan. Perasakan. Bila sambal sedikit pekat. Tutup api.
3- Tuang kuah sambal atas ikan tadi.
 
Ini pula sup sayur cendawan..tumis air je..

Khamis, 18 April 2013

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING



Sukarnya nak melawan nafsu..*beli kasut je. Pembaziran? Tak lah..Kasut buat pakai kerja. Yang membazir.. kalau beli jadi abu. Contoh?? Rokok! Itu membazir. Menjejaskan kesihatan lagi. Jangan marah para perokok tegar diluar sana. Jangan kondem blog akak yang baru nak bertunas ni ya.

OK ape beli kasut..kakipun nak nampak cantik..tambah2 Kak Nona yang berkerjaya nih ha.. *Yeke?.. Kalau yang menarik mau tak tergoda nyah.. nak2 yang cumel2 untuk kaki i yang double cumel ni.. *itu tipu!..

Dari tudung turun ke baju, handbag, kasut. Semua mesti seragam.. (ini bukan kisah saya) . Akak cuma suka dengan kasut. Itu satu2 hobi yang masih setia menemani dikala sunyi. Jangan diajak window shopping, aah, xsesuai istilah tu. Kebiasaannya sampai rumah mula melopong..uii..lari budget. Ikat perut. Patutla dah kurus. Semua ingat tengah diet...he~~pengalaman..


Adik2 kakak2 makcik2 yang mana minat kasut, pilih  jangan tengok rupa ja. Asal cantik, terus nak beli. Teliti kulit ape, buatan mane, guna kulit bewak ke, ulor ke, penting tu. Kalau was-was jangan beli. Supaya tak salah pilih. ~pun pengalaman.

Cuba kawal nafsu.. ikut keperluan, ikut juga kemampuan. Ukur baju dibadan sendiri. Jangan pulak menderita dek 'biar papa asal bergaya'! Puasa tak beraya la nnti..ingat tu.

Pesanan ini di bawa Kak Nona~ Isu Kasut dan nepsu.
-Tamat-
 
Buat puff ni kekadang sukar juga nak ilangkan bau telur, lebih2 lagi bila kes terlupa titik esen vanilla skit nak nyahkan bau tu. Tetiba mata silau dek mentol yang menyala atas kepala sebelah kanan..serta merta timbul idea nak tambah je jem blackcurrant kat puff ni. Sangat2 membantu.. berketui-ketui la masuk mulut tak hengat paras kolestrol yang tengah dok kawal sekarang ni. Terus hilang kawalan segala.

Dari zaman sekolah tengok resepi puff mmg ckp kuih ni tak sedap..pandai2 je buat andaian karut. Padahal tak pernah rasapun. Kalo ade jual pun xbeli sebab otak dh set tak sedap..haip. Jangan beli!

Sampaikan bulan lepas makan yang orang bagi kat opis.. sium2 dulu..cuba secubit..mmm...walla.. sedapnyer..

Rugi betul rasanya hidup bertahun-tahun baru sekarang ni nak makan puff..itulah..len kali mesti cuba dulu baru cakap sedap ke tak..

CREAM PUFF

Resepi : Yani

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)
  • esen vanilla (Yani tak letak / Kak Nona pun lupa..hee)
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan  aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

Masukkan telur, kacau cepat-cepat.

Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.



CREAM CASTARD

RESEPI: HONEY

Bahan-bahan ( 600ml )

  • 450cc susu segar/ susu cair
  • * 2 sudu besar tepung
  • * 75g gula
  • * 1 1/2 sudu besar corn starch
  • 4 biji telur kuning
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanila

Cara-cara

Letak susu dalam mangkuk. Panaskan dengan microwave selama 3 minit tanpa tutup.
 
Ayak bahan-bahan * . Kemudian masukkan ke dalam mangkuk tadi. Kacau biar sebati.               
 
Kemudian masukkan kuning telur sikit demi sedikit sambil dikacau.                                                  
 
Tanpa ditutup mangkuk tadi. Masukkan ke dalam microwave selama 5 minit. Dalam masa 5 minit tersebut, bawa keluar 3 kali untuk dikacau.               
 
Bila dah siap, keluarkan dari microwave. Masukkan mentega dan kacau cepat-cepat.               
 
Siap. Bolehlah dimakan dengan roti, sebagai inti pau dan sebagainya.

*Seperti yang Kak Nona maklum..Kak Nona lupa letak esen vanilla, jadi tambahan jem blackrurrant membantu dan menyedapkan lagi puff ni..

Ahad, 14 April 2013

KEK CAWAN HIRISAN EPAL

Assalamualaikumm..



Jumaat dah berlalu..petang tu cari buah epal yang sedap,rangup n manis kat pasar malam.."xde stok kak".bagi tau cina tu..alahai.. dah 2..3..ari kecur air liur dok teringat je..g naik supermarket pulak..aloo..xde jugak la..agaknye epal yang sedap tu ade musim kot..




Alkisahnye..minggu sudah beli 3 biji je nak rasa..yg selebihnya beli yg biasa makan..rangup n manis juga..tapi yang ni double rangup n manis beb.. Bila takde tu..xkan nak patah balik g pasar malam kan..parking pasti penuh punyer time ni dan jangan harap ade can keta aku nak menyusup..kalo ade pun mau haus kaki i nak berjalan n patah balik ke kereta nanti.

Jadinya..Kak Nona rembat je epal yang ada..pilih yang fresh n nampak rangup..saiz besar semua ala2 nak kena ditongsampah kalo xleh abis 3 hari..jadi ambil yang saiz kecil dah siap bungkus..nampak fresh lagi..

Perlu ke cerita semua ni??..heh!..layan je la ye..;)
 
 

Dah ade epal satu plastik..makan..tekak leh terima selagi isinya rangup hokey..boleh la dari xde kan.. Teringin nak makan kek epal..tapi xmo letak kat dalam..nak hias2 kat atas je..resepi mudah..dari buku resepi 1000 cupcake yang dah beli dekat 1 tahun kat bookstore..hehe.. Gambar2 dalam buku ni memang menarik dan menyelerakan..tapikan..mak aii..bleh potong kaki u kadar gula dia.. Apepun..Kak Nona cuba derhakakan resepi tu ikut citarasa tekak Kak Nona yang berprestij tinggi ni..heh..

jadi tak??.pertama kali cuba wat 1/2 adunan..epal sengaja tak buang kulit..kes nak kekalkan zat nye..*tak tahan..gula guna gula perang dan kurangkan 30gm.. hasilnya manis juga tapi sedap..abis takde simpan2 dah..tak cukup pulak..esok kena buat lain.

 
Hari kedua buat lagi 1 adunan ..version loaf cake pulak..siap tabur kismis lagi.. epal di kupas kulitnya..lagi best..
 
 
 
 
 
KEK CAWAN HIRISAN EPAL
 
Bahan:
 
2 biji epal - dikupas kulit dan dihiris nipis-nipis
50gm gula perang ( kurangkan kalau tak suka manis- boleh kurangkan lagi ke 40gm)
110gm tepung naik sendiri
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
110 gm mentega - suhu bilik
 
Cara membuatnya:
1- Panaskan oven 170˚C. Sediakan papercup.
2-Campur semua bahan kecuali epal. Pukul dengan whisk selama 2 minit.
3- Sudukan dalam paper cup sehingga 3/4 cawan penuh. Susun hirisan epal.
4. Bakar selama 20- 25 minit @ sehingga masak. (selepas 10minit 'on' kan kipas utk bakar bahagian atas sekata)
 
 
 
 
 
 

 


Sabtu, 30 Mac 2013

HATI DAN CENDAWAN BUTANG MASAK REMPAH

Assalamualaikum..salam sejahtera..



Ini entry tertangguh..masa ni cuti memasak.. sebab my hasben a.k.a Mr right dah pesan soh duduk diam-diam sambil goyang kaki kat sofa..tak payah nak sibuk2 jenguk dapur..hari ni dia nak memasak.. uiii..baiknya hati..

Teringat pulak masa baru2 kawin dulu..masa tu dok asing..Kak Nona kat utara..Mr right pulak kat ibu kota..Petang Jumaat je lepas balik keje dah start menari2 la kak nona dalam bas dari utara ke ibu kota..sampai dah lewat sangat..dah tak larat nak ke kedai makan..balik tido sambil urut  perut yang lapor..Namun..pada satu hari tu sampai je rumah dah terhidang nasi + sup suhun + sambal ikan bilis + ikan masin..hehe..kelakor..itu je yang dijumpai selepas acara selongkar dapur dilakukan oleh Mr Right..walaupun ringkas..namun air tangan Mr Right mmg menepati selera i....*sape lai nak puji kalo bukan bini yoo..hee.. xde petua petui..keikhlasan yang penting katanya...heh..

Itu jelah sekali Mr Right masak..hari2 lain tu..jangan harap..memang Mr Right ngaku dia malas..:(

2..3 hari ni Mr right rajin pulak nak nunjuk kebolehannye memasak ..nak kata ade Masterchef dah lepas dah..kalo dh dia chup dapor tu..nak minum air peti sejuk pun xleh dah...jgn harap boleh intai-intai okeh.. kang tak pasal  kena ketuk ngan sudip! ayaarrkk!..

sambil-sambil menunggu hidangan siap..kak nona layan le drama macam bos besar sambil urut-urut dan ketuk-ketuk perut dan cakap..sabar2..

Mr right biasa akan masak 1 hidangan je..lupa nak bagi tau Mr Right tak reti makan kalo lauk-pauk banyak sangat jenisnye..dia cakap tak reti nak menikmati rasa lauk tu sbb dh bercampur ngan kuah lain..pulak..

xkisah la..janji sedap..pastu bgi resepi i nak post kat blog..ngeh3..



Sedap..pandai Mr right masak..ade bakat rupanya.. len kali leh masak lagi..

Layan resepi ni..

HATI DAN CENDAWAN BUTANG MASAK REMPAH

Bahan2:
400gm hati lembu
1 sudu besar rempah kari daging ADABI
1 sudu besar rempah rendang daging ADABI
6 ulas bawang kecil-kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar- potong bulat
1 batang serai - ketuk
1/2 sudu kecil lada hitam- tumbuk halus
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk halus
1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk halus
1 biji buah keras -tumbuk halus
1 paket cendawan butang
Minyak
Garam dan gula


Cara
1- Tumis bahan kisar sampai wangi. Masukkan rempah kari, rempah rendang, cili kisar, tumis sampai pecah minyak.
2- Masukkan hati, bahan tumbuk, serai dan air. Biar mereneh.
3- Bila hati dah masak,masukkan cendawan. Tambah air jika pekat. Biar mendidih dan sedikit kering. Perasakan.

* Hati lembu boleh juga nak digantikan dengan hati ayam, udang, sotong..
* Pilihan sama ada nak goreng sedikit dulu hati lembu tu sebelum masak..






ROTI CANAI


Assalamualaikum..



Dah lama tak menjamah roti canai..nak membuatnya tak lah sesusah mana.. namun, kekangan masa membuatkan rancangan nak menebar roti canai asyik terbantut je..

Nak beli..walaupun murah..cuma 80posen tapi..bila memikirkan tahap kebersihan..hati berkira-kira nak memesan di kedai..hmm..apatah lagi bila teringat cerita ayah waktu muda2 dulu..buat tekak rasa loya...euuwww..choii!!

Dulu ayah Kak Nona pernah jadi pekerja kat sebuah restoran ni.. satu pagi tu terbongkar semua rahsia apabila....

Pagi2 tengah2 bersiap nak buka kedai ayah Kak Nona terlihat la pulak tauke kedai tu tengah berkumur..basuh muka di baldi tadahan air..air tu la yang nak digunakan untuk kegunaan masak, buat air minuman..lalu ayah Kak Nona teruslah tanya tauke kedai..

AYAH: Apesal basuh guna air ni..bukan nak guna untuk memasak ke?..

TAUKE: Hang jangan kecoh-kecoh...hang tak tau apa..jangan habaq sapa2 pasai ni..

AYAH: Angguk  dalam bluurr..

Tak lama lepas kejadian tu..ayah pun berenti kerja..geli katanya....eeuuww..

Sejak ayah buka cerita pasal ni..bila nak jamah lagi  roti canai kedai..memang tekak rasa kembang..huhu..

Biarlah penat sikit...asal terjamin kebersihannya...biarkan keinginan aku penuhi dengan air tangan sendiri. Tapi itulah..bila bekerja tak dapatlah nak buat roti canai lepas balik kerja..penat..hari cuti baru lah punya masa luang..


Resepi ni Kak Nona google dan cuba resepi di My Resepi di dapur Joayee ..minta izin copy paste resepi disini utk tatapan semua...

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
550 gm tepung gandum
250 gm air
1 egg-50gm
3 Tbsp susu pekat manis-60gm
1 tsp garam-6gm
1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  •  Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati               
  • Masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.    
  • uli hingga jadi doh               
  • rehatkan doh selama 10min               
  • uli lagi selama 5min               
  • **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)               
  • advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.               
  • bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.               
  • *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day               
  • *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.                              
  • lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.


  • *Kak Nona tak sabar nak makan..jadi tak ikut step di atas pun.. Uli sebelum solat maghrib..buat bulat2.. perap lebih kurang 1 jam dalam rendaman minyak..macm proses mak Kak Nona selalu buat..dan gantikan mentega tu ngan minyak sapi..wangi baunye..lembut juga..tak tebar pun..tarik nipis2 atas talam 4 segi..:)
     
    utk  kuah pula..Kak Nona buat ikut resepi sendiri..
     
    KUAH KARI DAGING CINCANG
     
    Bahan-bahan:
     
    2 keping daging burger..rendam
    1/2 paket kecil serbuk kari daging-bancuh dengan sedikit air
    3 tangkai cili kering
    Segenggam ikan bilis- ditumbuk pecah2
    2 sudu santan pekat
    3 ulas bawang merah-dimayang
    2 ulas bawang putih-dimayang
    1/2 incin halia-dimayang
    1 biji kentang- dipotong dadu
    sedikit daun kari
    1 biji bunga lawang
    1 batang kulit kayu manis saiz kecil
    1//2 sudu kecil kas-kas
    1/3 cwn air asam jawa (kepekatan nipis je)
    Garam dan gula secukup rasa
    1 sudu kecil secukup rasa
     
    Cara
     
    1. Bawang merah, bwg putih dan halia ditumis hingga naik bau, masukkan rempah yang telah dibancuh dengan air, bunga lawang, kulit kayu manis, kas-kas dan cili kering. Tumis hingga pecah minyak.
    2. Masuk daging, kentang, ikan bilis dan air.Paras air rata bahan je.
    3. Biar mendidih dan kentang empuk dengan api sederhana.
    4. Masukkan air asam jawa, santan, garam, gula dan serbuk seukup rasa.. Siap..
     
     
    

    Jumaat, 15 Mac 2013

    APAM MEKAR WANGI

    Assalamualaikum..


    Hari ni makan apam mekar.. tanpa kelapa parut..apam ni sedap dimakan begitu sahaja.. mudah rupanya cara membuatnya..
     
    Terus terang Kak Nona bukanlah peminat apam.. jadi bila nak buat apam ni..terfikir2 siapa pula yang nak menghabiskan kuih ni nanti..orang dalam rumah ni pun..jenis tak suka makan apam..isk3
     
    Tapi bila terpandang resepi ni dan ramai pula yang dah mencuba.. tengok pula semua laporan masakan.. elok je mekarnya apam masing2. terus semangat nak mengapam hari ini.. lagipun bahan2 ringkas dan cara buat pun mudah aje..
     
    otak terus bagi arahan..ok..jom kita cuba buat apam nak??..
     
    Masa mengukus tu..teruja betul tengok apam ni nak mengembang..
    pastu terbelah 3 bahagian..muahaha..
    first time buat memang keterujaan tu lebih skit..hee..
     
    Hasilnya dapat apam yang wangi..agaknya wangi dari esen vanilla..dah terlebih kot Kak Nona sukat...hihi.. lain dari apam yang biasa Kak Nona makan sebelum ni.. kalau letak perisa strawberry atau pandan ke..mesti lagi sedap dan wangi ni..
     
    Habis juga apam ni...sedap makan macm tu aje..kalo dapat makan dengan kelapa parut lagi la sedap..siapalah apam tanpa kelapa parut kan..tapi serius..apam ni sedap tanpa kelapa parut pun..
     
    Lain kali boleh la mengapam lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya resepi iaitu Kak Fida yang dah kongsi resepi mudah ni kat Myresipi..Kak Nona minta izin kongsikan resepi ni di sini untuk simpanan dan tatapan semua.
     


    APAM MEKAR WANGI
    Resepi Asal: KakFida
     

    Bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji )

    200 g tepung beras*} (2 cwn)
    2 sk baking powder*} diayak bersama
    180 g gula halus (2/3 cwn+1/8cwn)
    1 cawan susu segar/cair/santan cair (Kak Nona tambah 1/2 cawan lagi sebab adunan pekat)            
    1 sk esen vanilla
    pewarna pilihan ikut selera
     
    Cara membuatnya :
     
    Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
     
    Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil dikacau hingga gula larut dan sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
     
    Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 min. atau hingga masak.              
     

    CHOCOLATE CHIPS WITH ALMOND STRIPS COOKIES

    Assalamualaikum...


    Hari raya lambat lagi..tapi terasa sangat nak mengudap sekut..dah lama mengidam ni alkisahnya..bahan-bahan dah pun beli semalam.. ingat nak projek malam tadi tapi sampai je rumah badan dah mula rasa penat sangat2. Seharian menjalankan tugas..badan..fikiran semua dah penat dan wajib rehat. Memang dah tak ada tenaga nak ke dapur pun. Akhirnya seawal jam 9.30 malam..Kak Nona dah pun selamat beradu di katil empuk...
     
    Hmmm..kot la mimpi makan sekut...tak muncul-muncul jugak....jadinya jam 5.00 pagi dah terjaga...asyik ingat sekut je nih..cuba tido..pusing kiri..pusing kanan..tutup mata..bayang2 sekut pulak datang..adoiii..
     
    Apalagi..bangun..mandi..siap2..on oven!! Looorr
     
     
    sempat lagi mengukis Kak Nona ni..kalau dah mengidam memang macam tu jadinya.. pagi-pagi lagi dah panaskan oven..haha..
     
    kukis ni..asalnya Kak Nona ambil resepi dari sini. 
    Tapi Kak Nona dah ubah sikit resepi asal dengan menambah dan mengurang bahan2 ikut selera Kak Nona.. dan hasilnya..Alhamdulillah..biskut lebih rapuh dan rangup...boleh buat sendiri chips more..

    Nak lagi SEDAP..mestilah kena letak lebih chip dan lebih almond kan..biasa dah ngan kuah lebih. cheese lebih..bilis lebih..nasi lebih..susu lebih...jagung lebih..laici lebih..BIASA..itu yang buat sedap sangat sampai tak perasan dah habis sepinggan makan. yang tak best bila kena charge LEBIH.. ooo...semua nak lebih..tapi masa bayar..melopong siap juih2 bibir pulak tu.. :)
     
    Bagi yang mengidam macam Kak Nona nak makan 'chocolate chips with almond strips cookies' ni boleh la mencuba resepi ni...


































    CHOCOLATE CHIPS WITH ALMOND STRIPS COOKIES
     
     BAHAN-BAHAN
    190 gm mentega-suhu bilik
    45gm gula perang
    80gm gula icing
    160gm tepung gandum
    60gm tepung jagung
    1/2 sudu kecil emplex
    1/2 sudu kecil baking soda
    1 sudu besar serbuk koko- lebihkan jika suka
    1/2 sudu kecilesen vanilla
    150gm coklat chip ~ lebihkan jika suka
    100gm potongan badam ~lebihkan jika suka ( dipanggang dalam oven dahulu)
    1 biji telur

    Cara-caranya:
    Tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan emplex di ayak bersama. Ketepikan.

    Mentega, gula icing, gula perang digaul rata hingga mentega lembut dan bahan sekata.
    Masukkan telur, esen vanilla, gaul sebati.

    Masuk pula tepung, gaul sebati. Masukkan coklat cip dan kepingan badam. Gaul rata.

    Gris loyang dengan sedikit mentega.
    Sudukan dalam loyang. Jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang 2kali ganda.
    Bakar suhu 170 ˚C sehingga 20-25 minit atau sehingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing.
    Nak pastikan doh dah masak tolak adunan, jika tak melekat maknanya dah masak. Tapi kadang-kadang bila sejuk masih lembut di tengah2..masuk semula dalam oven..bakar sekejap lagi.



     
     
     
     

    Ahad, 24 Februari 2013

    Cucur Jagung Berudang Lembut





    =)

    Hai..Assalamualaikum..Selamat Petang...
     
    Buat apa petang-petang hari macam ni??..berjogging? bersantai2 sambil menonton tv? apa agaknya yang dimasak untuk minum petang tu ye.. kuih karipap..cucur..? atau buat bubur...hmm ...apa pun menunya yang pasti mesti semuanya sedap2 belaka kan..
     
    Cuaca hari ni mendung aje dari pagi membawa ke petang..dari awal subuh lagi..hujan turun mencurah-curah..entah dari jam berapa dah start hujan pun kak nona tak pasti...bila cuaca sejuk-sejuk begini.. kalau dapat milo panas ke..kopi panas..ade pulak lempeng yang hangat2..aduh... memang membuka selera kan..
     
    Memang dah lumrah agaknya..bila suasana redup je..perut mula la nak berkeroncong... betul tak..nak2 kalau hujan...laju je dia bergurindam irama makyong minta di isi..

    Ikhlas bagitau ini lah pertama kali kak nona buat cucur jagung.. xpercaya??*resepi yang letak udang la..selalunya kan buat cucur jagung manis..yang ni versi pedas-pedas manja gitu..

    Cucur ni senang sangat nak buat..semudah 1 2 3 je.. (^^)

    

    Resepinya kak nona dapat dari dapur sini . Terima kasih ye nor sebab sudi kongsikan resipi..hari ni kak nona nak kongsi pula dengan pembaca.

    Cucur jagung ni memang sedap..lembut sangat walaupun dah sejuk..(*bukan sebab tak laku tau..saje tinggalkan 3 ketul sebagai eksperimen..hihi) satu adunan ni boleh hidangkan untuk 4-5 orang makan..disebabkan malas nak keluar membeli udang segar walaupun kedai depan mata je..kak nona gantikan dengan udang kering..pun sedap juga..kalau dapat letak udang segar seperti resepi asal mesti bertambah2 sedap lagi cucur ni kan..


    Resepi ni dah masuk list kalau nak buat cucur jagung lagi lepas ni.. kalau dapat tambahkan lagi jagung tu dan cili potong..lagi sedap nih....hihi.

    Mesti ramai yang dah pro masak cucur kat luar sanakan.. ade yang main campak2 je takde sukatan.. ikut gerak hati je..pejam mata je memasak.. tak kisah lah..walaupun resepi ni simple je..tapi kak nona tetap nak kongsikan dengan semua..xpe kan..:)


    Jadi untuk yang berminat nak buat cucur ni boleh la tengok resepi di bawah ye..


    CUCUR JAGUNG BERUDANG LEMBUT

    Bahan-bahan ( 3 - 4 org makan )
    • 1 cawan isi jagung
    • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 bj telur
    • 1 sudu teh yis mauripan
    • 1 sudu teh garam halus
    • 1 sudu teh gula
    • daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
    • 1 bj cili merah ~ dicincang
    • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
    • 3/4 cawan air
    • minyak untuk menggoreng             
    Cara membuatnya:
    1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.               
    2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.               
    3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.               
    4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.               
    5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..

    Sabtu, 23 Februari 2013

    KEK PISANG GEBU

    Assalamualaikum.. ade ke yang menjawab salam akak ni..??


    Almaklumlah..baru je berjinak-jinak nak berbelog..orang buat belog, kak nona pun nak juge buat
    blog..teringin sampai kesudah tak ade la yang nak mengajar kat rumah ni..abis..takde sapa yang pandai..alih-alih kak nona gagahkan juga meng 'google' ..huhu..itu lah alkisahnye...apa yang ada ni..itulah yang termampu diadakan buat masa sekarang... baru je bertatih-tatih nak belajo..orang dah ke bulan..kak nona dok kat dapur lagi..tgh sibuk memotong sayur...adooii...


    Hari ni nak merasmikan blog ni dengan keharumahan kek pisang gebu..aroma yang keluar saat dibakar dalam oven bermain-main di udara..satu rumah berbau..kecur air liur sapa yang lalu kat dapur kak nona hari ni tau..

    Resepi ni kak nona dapat  dari blog sini  kalau tak silap..hari ni cari balik tapi dah tak jumpa...mintak2 la betul..apapun terima kasih banyak2 pada tuan punya resepi..izinkan kak nona kongsikan pula resepinya di sini ye..terima kasih daun keladi.. ;) kalau nak guna sukatan cawan leh tengok kat sini pulak..(mintak izin tuan tanah kak nona share kat sini ye..TQ)
     
    Pada pendapat kak nona lahkan..resipi ni sangat-sangat mudah..ringkas! Bagi anda yang baru berjinak-jinak nak buat kek bolehlah jadikan resepi ni sebagai taruhan pertama.. pasti tak mengecewakan punyalah...senang sangat..bahan-bahan memang dah tersedia..tinggal nak beli pisang je kan..

    Buah pisang yang kak nona guna untuk kek pisang ni boleh tengok pada gambar..suami kak nona yang tolong belikan..kak nona pun tak pasti nak guna pisang apa..tapi bila suami bawa balik 1 jenis je pisang..tak ada pilihan dah kan.. tak sangka pulak pisang jenis ni memang serasi dibuat kek..nampak urat-urat hitam halus kat texture kek tu...yeyy..suka sangat...kak nona memang suka kek pisang yang ada urat-urat halus tu..nampak cantik je..berseri-seri..haishh.. jangan ditanya ini pisang ape..hehe..

    Kek pisang ni.. texture dia sangat lembut..dan rasanya sangat bersari *macam iklan tv pulak..hihi....kak nona lecek isi pisang ni ade yang tak berapa nak hancur sangat..jadi bila tergigit isi pisang..wahh..nikmatnya..sampai tak sedar dah 3/4 bahagian dah habis kami berdua telan sambil menonton tv..huhu..apakah berat badan ku akan bertambah??apakah...
     
    Walau apa pun..dalam kes ni..dimaafkan..buleh gitu...haha..
     
    Diatasnya..kak nona letak pula dengan hirisan nipis pisang tadi..yang ni kalau tak nak letak pun tak ada masalah..tapi pisang banyak lebihnya kan..letak kat atas kek nampak lebih menarik..dan rasa pun bertambah-tambah la sedapnya..

    Bagi yang berminat nak mencuba..inilah resepinya...

    KEK PISANG GEBU

    Bahan-bahan:
    150 gm pisang
    200 gm tepung gandum
    160 gm gula kastor
    3 biji telur
    120ml minyak masak
    1 sudu besar ovallate *tak nak bubuh pun tak apa
    1 sudu kecil soda bikarbonat
    1 sudu kecil baking powder
    1 sudu kecil esen vanila

    Cara membuatnya:
    1. Panaskan oven suhu 170˚C. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas minyak.
    2. Pisang dilecek dan ketepikan.
    3. Ayak tepung gandum,baking soda dan baking powder, ketepikan.
    4. Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan pisang , esen vanila dan ovallate, putar sekejap.
    5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sekata.  Masukkan minyak. Gaul sekata.
    6. Bakar pada suhu 170˚C sehingga 45minit @ masak.
    7. Sejukkan dulu kek di atas redai baru keluarkan dari acuan..Sedia untuk dhidangkan..

    *baking powder dan soda bikarbonate jangan terlebih bubuh..letak sudu rata aje ye.. kalau terlebih,,akan beri kesan pada rasa kek..jadi kurang sedap la..gitteeww..

    Selamat mencuba..:)