Hari raya lambat lagi..tapi terasa sangat nak mengudap sekut..dah lama mengidam ni alkisahnya..bahan-bahan dah pun beli semalam.. ingat nak projek malam tadi tapi sampai je rumah badan dah mula rasa penat sangat2. Seharian menjalankan tugas..badan..fikiran semua dah penat dan wajib rehat. Memang dah tak ada tenaga nak ke dapur pun. Akhirnya seawal jam 9.30 malam..Kak Nona dah pun selamat beradu di katil empuk...
Hmmm..kot la mimpi makan sekut...tak muncul-muncul jugak....jadinya jam 5.00 pagi dah terjaga...asyik ingat sekut je nih..cuba tido..pusing kiri..pusing kanan..tutup mata..bayang2 sekut pulak datang..adoiii..
Apalagi..bangun..mandi..siap2..on oven!! Looorr
sempat lagi mengukis Kak Nona ni..kalau dah mengidam memang macam tu jadinya.. pagi-pagi lagi dah panaskan oven..haha..
kukis ni..asalnya Kak Nona ambil resepi dari sini.
Tapi Kak Nona dah ubah sikit resepi asal dengan menambah dan mengurang bahan2 ikut selera Kak Nona.. dan hasilnya..Alhamdulillah..biskut lebih rapuh dan rangup...boleh buat sendiri chips more..
Nak lagi SEDAP..mestilah kena letak lebih chip dan lebih almond kan..biasa dah ngan kuah lebih. cheese lebih..bilis lebih..nasi lebih..susu lebih...jagung lebih..laici lebih..BIASA..itu yang buat sedap sangat sampai tak perasan dah habis sepinggan makan. yang tak best bila kena charge LEBIH.. ooo...semua nak lebih..tapi masa bayar..melopong siap juih2 bibir pulak tu.. :)

Bagi yang mengidam macam Kak Nona nak makan 'chocolate chips with almond strips cookies' ni boleh la mencuba resepi ni...
CHOCOLATE CHIPS WITH ALMOND STRIPS COOKIES
BAHAN-BAHAN
190 gm mentega-suhu bilik
45gm gula perang
80gm gula icing
160gm tepung gandum
60gm tepung jagung
1/2 sudu kecil emplex
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu besar serbuk koko- lebihkan jika suka
1/2 sudu kecilesen vanilla
150gm coklat chip ~ lebihkan jika suka
100gm potongan badam ~lebihkan jika suka ( dipanggang dalam oven dahulu)
1 biji telur
Cara-caranya:
Tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan emplex di ayak bersama. Ketepikan.
Mentega, gula icing, gula perang digaul rata hingga mentega lembut dan bahan sekata.
Masukkan telur, esen vanilla, gaul sebati.
Masuk pula tepung, gaul sebati. Masukkan coklat cip dan kepingan badam. Gaul rata.

Gris loyang dengan sedikit mentega.
Sudukan dalam loyang. Jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang 2kali ganda.
Bakar suhu 170
˚C sehingga 20-25 minit atau sehingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing.
Nak pastikan doh dah masak tolak adunan, jika tak melekat maknanya dah masak. Tapi kadang-kadang bila sejuk masih lembut di tengah2..masuk semula dalam oven..bakar sekejap lagi.