Jumaat, 15 Mac 2013

APAM MEKAR WANGI

Assalamualaikum..


Hari ni makan apam mekar.. tanpa kelapa parut..apam ni sedap dimakan begitu sahaja.. mudah rupanya cara membuatnya..
 
Terus terang Kak Nona bukanlah peminat apam.. jadi bila nak buat apam ni..terfikir2 siapa pula yang nak menghabiskan kuih ni nanti..orang dalam rumah ni pun..jenis tak suka makan apam..isk3
 
Tapi bila terpandang resepi ni dan ramai pula yang dah mencuba.. tengok pula semua laporan masakan.. elok je mekarnya apam masing2. terus semangat nak mengapam hari ini.. lagipun bahan2 ringkas dan cara buat pun mudah aje..
 
otak terus bagi arahan..ok..jom kita cuba buat apam nak??..
 
Masa mengukus tu..teruja betul tengok apam ni nak mengembang..
pastu terbelah 3 bahagian..muahaha..
first time buat memang keterujaan tu lebih skit..hee..
 
Hasilnya dapat apam yang wangi..agaknya wangi dari esen vanilla..dah terlebih kot Kak Nona sukat...hihi.. lain dari apam yang biasa Kak Nona makan sebelum ni.. kalau letak perisa strawberry atau pandan ke..mesti lagi sedap dan wangi ni..
 
Habis juga apam ni...sedap makan macm tu aje..kalo dapat makan dengan kelapa parut lagi la sedap..siapalah apam tanpa kelapa parut kan..tapi serius..apam ni sedap tanpa kelapa parut pun..
 
Lain kali boleh la mengapam lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya resepi iaitu Kak Fida yang dah kongsi resepi mudah ni kat Myresipi..Kak Nona minta izin kongsikan resepi ni di sini untuk simpanan dan tatapan semua.
 


APAM MEKAR WANGI
Resepi Asal: KakFida
 

Bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji )

200 g tepung beras*} (2 cwn)
2 sk baking powder*} diayak bersama
180 g gula halus (2/3 cwn+1/8cwn)
1 cawan susu segar/cair/santan cair (Kak Nona tambah 1/2 cawan lagi sebab adunan pekat)            
1 sk esen vanilla
pewarna pilihan ikut selera
 
Cara membuatnya :
 
Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
 
Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil dikacau hingga gula larut dan sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
 
Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 min. atau hingga masak.