Sabtu, 30 Mac 2013

ROTI CANAI


Assalamualaikum..



Dah lama tak menjamah roti canai..nak membuatnya tak lah sesusah mana.. namun, kekangan masa membuatkan rancangan nak menebar roti canai asyik terbantut je..

Nak beli..walaupun murah..cuma 80posen tapi..bila memikirkan tahap kebersihan..hati berkira-kira nak memesan di kedai..hmm..apatah lagi bila teringat cerita ayah waktu muda2 dulu..buat tekak rasa loya...euuwww..choii!!

Dulu ayah Kak Nona pernah jadi pekerja kat sebuah restoran ni.. satu pagi tu terbongkar semua rahsia apabila....

Pagi2 tengah2 bersiap nak buka kedai ayah Kak Nona terlihat la pulak tauke kedai tu tengah berkumur..basuh muka di baldi tadahan air..air tu la yang nak digunakan untuk kegunaan masak, buat air minuman..lalu ayah Kak Nona teruslah tanya tauke kedai..

AYAH: Apesal basuh guna air ni..bukan nak guna untuk memasak ke?..

TAUKE: Hang jangan kecoh-kecoh...hang tak tau apa..jangan habaq sapa2 pasai ni..

AYAH: Angguk  dalam bluurr..

Tak lama lepas kejadian tu..ayah pun berenti kerja..geli katanya....eeuuww..

Sejak ayah buka cerita pasal ni..bila nak jamah lagi  roti canai kedai..memang tekak rasa kembang..huhu..

Biarlah penat sikit...asal terjamin kebersihannya...biarkan keinginan aku penuhi dengan air tangan sendiri. Tapi itulah..bila bekerja tak dapatlah nak buat roti canai lepas balik kerja..penat..hari cuti baru lah punya masa luang..


Resepi ni Kak Nona google dan cuba resepi di My Resepi di dapur Joayee ..minta izin copy paste resepi disini utk tatapan semua...

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
550 gm tepung gandum
250 gm air
1 egg-50gm
3 Tbsp susu pekat manis-60gm
1 tsp garam-6gm
1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  •  Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati               
  • Masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.    
  • uli hingga jadi doh               
  • rehatkan doh selama 10min               
  • uli lagi selama 5min               
  • **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)               
  • advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.               
  • bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.               
  • *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day               
  • *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.                              
  • lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.


  • *Kak Nona tak sabar nak makan..jadi tak ikut step di atas pun.. Uli sebelum solat maghrib..buat bulat2.. perap lebih kurang 1 jam dalam rendaman minyak..macm proses mak Kak Nona selalu buat..dan gantikan mentega tu ngan minyak sapi..wangi baunye..lembut juga..tak tebar pun..tarik nipis2 atas talam 4 segi..:)
     
    utk  kuah pula..Kak Nona buat ikut resepi sendiri..
     
    KUAH KARI DAGING CINCANG
     
    Bahan-bahan:
     
    2 keping daging burger..rendam
    1/2 paket kecil serbuk kari daging-bancuh dengan sedikit air
    3 tangkai cili kering
    Segenggam ikan bilis- ditumbuk pecah2
    2 sudu santan pekat
    3 ulas bawang merah-dimayang
    2 ulas bawang putih-dimayang
    1/2 incin halia-dimayang
    1 biji kentang- dipotong dadu
    sedikit daun kari
    1 biji bunga lawang
    1 batang kulit kayu manis saiz kecil
    1//2 sudu kecil kas-kas
    1/3 cwn air asam jawa (kepekatan nipis je)
    Garam dan gula secukup rasa
    1 sudu kecil secukup rasa
     
    Cara
     
    1. Bawang merah, bwg putih dan halia ditumis hingga naik bau, masukkan rempah yang telah dibancuh dengan air, bunga lawang, kulit kayu manis, kas-kas dan cili kering. Tumis hingga pecah minyak.
    2. Masuk daging, kentang, ikan bilis dan air.Paras air rata bahan je.
    3. Biar mendidih dan kentang empuk dengan api sederhana.
    4. Masukkan air asam jawa, santan, garam, gula dan serbuk seukup rasa.. Siap..