Assalamualaikum..salam sejahtera..
Ini entry tertangguh..masa ni cuti memasak.. sebab my hasben a.k.a Mr right dah pesan soh duduk diam-diam sambil goyang kaki kat sofa..tak payah nak sibuk2 jenguk dapur..hari ni dia nak memasak.. uiii..baiknya hati..
Teringat pulak masa baru2 kawin dulu..masa tu dok asing..Kak Nona kat utara..Mr right pulak kat ibu kota..Petang Jumaat je lepas balik keje dah start menari2 la kak nona dalam bas dari utara ke ibu kota..sampai dah lewat sangat..dah tak larat nak ke kedai makan..balik tido sambil urut perut yang lapor..Namun..pada satu hari tu sampai je rumah dah terhidang nasi + sup suhun + sambal ikan bilis + ikan masin..hehe..kelakor..itu je yang dijumpai selepas acara selongkar dapur dilakukan oleh Mr Right..walaupun ringkas..namun air tangan Mr Right mmg menepati selera i....*sape lai nak puji kalo bukan bini yoo..hee.. xde petua petui..keikhlasan yang penting katanya...heh..
Itu jelah sekali Mr Right masak..hari2 lain tu..jangan harap..memang Mr Right ngaku dia malas..:(
2..3 hari ni Mr right rajin pulak nak nunjuk kebolehannye memasak ..nak kata ade Masterchef dah lepas dah..kalo dh dia chup dapor tu..nak minum air peti sejuk pun xleh dah...jgn harap boleh intai-intai okeh.. kang tak pasal kena ketuk ngan sudip! ayaarrkk!..
sambil-sambil menunggu hidangan siap..kak nona layan le drama macam bos besar sambil urut-urut dan ketuk-ketuk perut dan cakap..sabar2..
Mr right biasa akan masak 1 hidangan je..lupa nak bagi tau Mr Right tak reti makan kalo lauk-pauk banyak sangat jenisnye..dia cakap tak reti nak menikmati rasa lauk tu sbb dh bercampur ngan kuah lain..pulak..
xkisah la..janji sedap..pastu bgi resepi i nak post kat blog..ngeh3..
Sedap..pandai Mr right masak..ade bakat rupanya.. len kali leh masak lagi..
Layan resepi ni..
HATI DAN CENDAWAN BUTANG MASAK REMPAH
Bahan2:
400gm hati lembu
1 sudu besar rempah kari daging ADABI
1 sudu besar rempah rendang daging ADABI
6 ulas bawang kecil-kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar- potong bulat
1 batang serai - ketuk
1/2 sudu kecil lada hitam- tumbuk halus
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk halus
1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk halus
1 biji buah keras -tumbuk halus
1 paket cendawan butang
Minyak
Garam dan gula
Cara
1- Tumis bahan kisar sampai wangi. Masukkan rempah kari, rempah rendang, cili kisar, tumis sampai pecah minyak.
2- Masukkan hati, bahan tumbuk, serai dan air. Biar mereneh.
3- Bila hati dah masak,masukkan cendawan. Tambah air jika pekat. Biar mendidih dan sedikit kering. Perasakan.
* Hati lembu boleh juga nak digantikan dengan hati ayam, udang, sotong..
* Pilihan sama ada nak goreng sedikit dulu hati lembu tu sebelum masak..