Sabtu, 30 Mac 2013

HATI DAN CENDAWAN BUTANG MASAK REMPAH

Assalamualaikum..salam sejahtera..



Ini entry tertangguh..masa ni cuti memasak.. sebab my hasben a.k.a Mr right dah pesan soh duduk diam-diam sambil goyang kaki kat sofa..tak payah nak sibuk2 jenguk dapur..hari ni dia nak memasak.. uiii..baiknya hati..

Teringat pulak masa baru2 kawin dulu..masa tu dok asing..Kak Nona kat utara..Mr right pulak kat ibu kota..Petang Jumaat je lepas balik keje dah start menari2 la kak nona dalam bas dari utara ke ibu kota..sampai dah lewat sangat..dah tak larat nak ke kedai makan..balik tido sambil urut  perut yang lapor..Namun..pada satu hari tu sampai je rumah dah terhidang nasi + sup suhun + sambal ikan bilis + ikan masin..hehe..kelakor..itu je yang dijumpai selepas acara selongkar dapur dilakukan oleh Mr Right..walaupun ringkas..namun air tangan Mr Right mmg menepati selera i....*sape lai nak puji kalo bukan bini yoo..hee.. xde petua petui..keikhlasan yang penting katanya...heh..

Itu jelah sekali Mr Right masak..hari2 lain tu..jangan harap..memang Mr Right ngaku dia malas..:(

2..3 hari ni Mr right rajin pulak nak nunjuk kebolehannye memasak ..nak kata ade Masterchef dah lepas dah..kalo dh dia chup dapor tu..nak minum air peti sejuk pun xleh dah...jgn harap boleh intai-intai okeh.. kang tak pasal  kena ketuk ngan sudip! ayaarrkk!..

sambil-sambil menunggu hidangan siap..kak nona layan le drama macam bos besar sambil urut-urut dan ketuk-ketuk perut dan cakap..sabar2..

Mr right biasa akan masak 1 hidangan je..lupa nak bagi tau Mr Right tak reti makan kalo lauk-pauk banyak sangat jenisnye..dia cakap tak reti nak menikmati rasa lauk tu sbb dh bercampur ngan kuah lain..pulak..

xkisah la..janji sedap..pastu bgi resepi i nak post kat blog..ngeh3..



Sedap..pandai Mr right masak..ade bakat rupanya.. len kali leh masak lagi..

Layan resepi ni..

HATI DAN CENDAWAN BUTANG MASAK REMPAH

Bahan2:
400gm hati lembu
1 sudu besar rempah kari daging ADABI
1 sudu besar rempah rendang daging ADABI
6 ulas bawang kecil-kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar- potong bulat
1 batang serai - ketuk
1/2 sudu kecil lada hitam- tumbuk halus
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk halus
1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk halus
1 biji buah keras -tumbuk halus
1 paket cendawan butang
Minyak
Garam dan gula


Cara
1- Tumis bahan kisar sampai wangi. Masukkan rempah kari, rempah rendang, cili kisar, tumis sampai pecah minyak.
2- Masukkan hati, bahan tumbuk, serai dan air. Biar mereneh.
3- Bila hati dah masak,masukkan cendawan. Tambah air jika pekat. Biar mendidih dan sedikit kering. Perasakan.

* Hati lembu boleh juga nak digantikan dengan hati ayam, udang, sotong..
* Pilihan sama ada nak goreng sedikit dulu hati lembu tu sebelum masak..






ROTI CANAI


Assalamualaikum..



Dah lama tak menjamah roti canai..nak membuatnya tak lah sesusah mana.. namun, kekangan masa membuatkan rancangan nak menebar roti canai asyik terbantut je..

Nak beli..walaupun murah..cuma 80posen tapi..bila memikirkan tahap kebersihan..hati berkira-kira nak memesan di kedai..hmm..apatah lagi bila teringat cerita ayah waktu muda2 dulu..buat tekak rasa loya...euuwww..choii!!

Dulu ayah Kak Nona pernah jadi pekerja kat sebuah restoran ni.. satu pagi tu terbongkar semua rahsia apabila....

Pagi2 tengah2 bersiap nak buka kedai ayah Kak Nona terlihat la pulak tauke kedai tu tengah berkumur..basuh muka di baldi tadahan air..air tu la yang nak digunakan untuk kegunaan masak, buat air minuman..lalu ayah Kak Nona teruslah tanya tauke kedai..

AYAH: Apesal basuh guna air ni..bukan nak guna untuk memasak ke?..

TAUKE: Hang jangan kecoh-kecoh...hang tak tau apa..jangan habaq sapa2 pasai ni..

AYAH: Angguk  dalam bluurr..

Tak lama lepas kejadian tu..ayah pun berenti kerja..geli katanya....eeuuww..

Sejak ayah buka cerita pasal ni..bila nak jamah lagi  roti canai kedai..memang tekak rasa kembang..huhu..

Biarlah penat sikit...asal terjamin kebersihannya...biarkan keinginan aku penuhi dengan air tangan sendiri. Tapi itulah..bila bekerja tak dapatlah nak buat roti canai lepas balik kerja..penat..hari cuti baru lah punya masa luang..


Resepi ni Kak Nona google dan cuba resepi di My Resepi di dapur Joayee ..minta izin copy paste resepi disini utk tatapan semua...

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
550 gm tepung gandum
250 gm air
1 egg-50gm
3 Tbsp susu pekat manis-60gm
1 tsp garam-6gm
1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  •  Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati               
  • Masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.    
  • uli hingga jadi doh               
  • rehatkan doh selama 10min               
  • uli lagi selama 5min               
  • **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)               
  • advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.               
  • bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.               
  • *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day               
  • *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.                              
  • lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.


  • *Kak Nona tak sabar nak makan..jadi tak ikut step di atas pun.. Uli sebelum solat maghrib..buat bulat2.. perap lebih kurang 1 jam dalam rendaman minyak..macm proses mak Kak Nona selalu buat..dan gantikan mentega tu ngan minyak sapi..wangi baunye..lembut juga..tak tebar pun..tarik nipis2 atas talam 4 segi..:)
     
    utk  kuah pula..Kak Nona buat ikut resepi sendiri..
     
    KUAH KARI DAGING CINCANG
     
    Bahan-bahan:
     
    2 keping daging burger..rendam
    1/2 paket kecil serbuk kari daging-bancuh dengan sedikit air
    3 tangkai cili kering
    Segenggam ikan bilis- ditumbuk pecah2
    2 sudu santan pekat
    3 ulas bawang merah-dimayang
    2 ulas bawang putih-dimayang
    1/2 incin halia-dimayang
    1 biji kentang- dipotong dadu
    sedikit daun kari
    1 biji bunga lawang
    1 batang kulit kayu manis saiz kecil
    1//2 sudu kecil kas-kas
    1/3 cwn air asam jawa (kepekatan nipis je)
    Garam dan gula secukup rasa
    1 sudu kecil secukup rasa
     
    Cara
     
    1. Bawang merah, bwg putih dan halia ditumis hingga naik bau, masukkan rempah yang telah dibancuh dengan air, bunga lawang, kulit kayu manis, kas-kas dan cili kering. Tumis hingga pecah minyak.
    2. Masuk daging, kentang, ikan bilis dan air.Paras air rata bahan je.
    3. Biar mendidih dan kentang empuk dengan api sederhana.
    4. Masukkan air asam jawa, santan, garam, gula dan serbuk seukup rasa.. Siap..
     
     
    

    Jumaat, 15 Mac 2013

    APAM MEKAR WANGI

    Assalamualaikum..


    Hari ni makan apam mekar.. tanpa kelapa parut..apam ni sedap dimakan begitu sahaja.. mudah rupanya cara membuatnya..
     
    Terus terang Kak Nona bukanlah peminat apam.. jadi bila nak buat apam ni..terfikir2 siapa pula yang nak menghabiskan kuih ni nanti..orang dalam rumah ni pun..jenis tak suka makan apam..isk3
     
    Tapi bila terpandang resepi ni dan ramai pula yang dah mencuba.. tengok pula semua laporan masakan.. elok je mekarnya apam masing2. terus semangat nak mengapam hari ini.. lagipun bahan2 ringkas dan cara buat pun mudah aje..
     
    otak terus bagi arahan..ok..jom kita cuba buat apam nak??..
     
    Masa mengukus tu..teruja betul tengok apam ni nak mengembang..
    pastu terbelah 3 bahagian..muahaha..
    first time buat memang keterujaan tu lebih skit..hee..
     
    Hasilnya dapat apam yang wangi..agaknya wangi dari esen vanilla..dah terlebih kot Kak Nona sukat...hihi.. lain dari apam yang biasa Kak Nona makan sebelum ni.. kalau letak perisa strawberry atau pandan ke..mesti lagi sedap dan wangi ni..
     
    Habis juga apam ni...sedap makan macm tu aje..kalo dapat makan dengan kelapa parut lagi la sedap..siapalah apam tanpa kelapa parut kan..tapi serius..apam ni sedap tanpa kelapa parut pun..
     
    Lain kali boleh la mengapam lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya resepi iaitu Kak Fida yang dah kongsi resepi mudah ni kat Myresipi..Kak Nona minta izin kongsikan resepi ni di sini untuk simpanan dan tatapan semua.
     


    APAM MEKAR WANGI
    Resepi Asal: KakFida
     

    Bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji )

    200 g tepung beras*} (2 cwn)
    2 sk baking powder*} diayak bersama
    180 g gula halus (2/3 cwn+1/8cwn)
    1 cawan susu segar/cair/santan cair (Kak Nona tambah 1/2 cawan lagi sebab adunan pekat)            
    1 sk esen vanilla
    pewarna pilihan ikut selera
     
    Cara membuatnya :
     
    Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
     
    Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil dikacau hingga gula larut dan sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
     
    Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 min. atau hingga masak.              
     

    CHOCOLATE CHIPS WITH ALMOND STRIPS COOKIES

    Assalamualaikum...


    Hari raya lambat lagi..tapi terasa sangat nak mengudap sekut..dah lama mengidam ni alkisahnya..bahan-bahan dah pun beli semalam.. ingat nak projek malam tadi tapi sampai je rumah badan dah mula rasa penat sangat2. Seharian menjalankan tugas..badan..fikiran semua dah penat dan wajib rehat. Memang dah tak ada tenaga nak ke dapur pun. Akhirnya seawal jam 9.30 malam..Kak Nona dah pun selamat beradu di katil empuk...
     
    Hmmm..kot la mimpi makan sekut...tak muncul-muncul jugak....jadinya jam 5.00 pagi dah terjaga...asyik ingat sekut je nih..cuba tido..pusing kiri..pusing kanan..tutup mata..bayang2 sekut pulak datang..adoiii..
     
    Apalagi..bangun..mandi..siap2..on oven!! Looorr
     
     
    sempat lagi mengukis Kak Nona ni..kalau dah mengidam memang macam tu jadinya.. pagi-pagi lagi dah panaskan oven..haha..
     
    kukis ni..asalnya Kak Nona ambil resepi dari sini. 
    Tapi Kak Nona dah ubah sikit resepi asal dengan menambah dan mengurang bahan2 ikut selera Kak Nona.. dan hasilnya..Alhamdulillah..biskut lebih rapuh dan rangup...boleh buat sendiri chips more..

    Nak lagi SEDAP..mestilah kena letak lebih chip dan lebih almond kan..biasa dah ngan kuah lebih. cheese lebih..bilis lebih..nasi lebih..susu lebih...jagung lebih..laici lebih..BIASA..itu yang buat sedap sangat sampai tak perasan dah habis sepinggan makan. yang tak best bila kena charge LEBIH.. ooo...semua nak lebih..tapi masa bayar..melopong siap juih2 bibir pulak tu.. :)
     
    Bagi yang mengidam macam Kak Nona nak makan 'chocolate chips with almond strips cookies' ni boleh la mencuba resepi ni...


































    CHOCOLATE CHIPS WITH ALMOND STRIPS COOKIES
     
     BAHAN-BAHAN
    190 gm mentega-suhu bilik
    45gm gula perang
    80gm gula icing
    160gm tepung gandum
    60gm tepung jagung
    1/2 sudu kecil emplex
    1/2 sudu kecil baking soda
    1 sudu besar serbuk koko- lebihkan jika suka
    1/2 sudu kecilesen vanilla
    150gm coklat chip ~ lebihkan jika suka
    100gm potongan badam ~lebihkan jika suka ( dipanggang dalam oven dahulu)
    1 biji telur

    Cara-caranya:
    Tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan emplex di ayak bersama. Ketepikan.

    Mentega, gula icing, gula perang digaul rata hingga mentega lembut dan bahan sekata.
    Masukkan telur, esen vanilla, gaul sebati.

    Masuk pula tepung, gaul sebati. Masukkan coklat cip dan kepingan badam. Gaul rata.

    Gris loyang dengan sedikit mentega.
    Sudukan dalam loyang. Jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang 2kali ganda.
    Bakar suhu 170 ˚C sehingga 20-25 minit atau sehingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing.
    Nak pastikan doh dah masak tolak adunan, jika tak melekat maknanya dah masak. Tapi kadang-kadang bila sejuk masih lembut di tengah2..masuk semula dalam oven..bakar sekejap lagi.